PENUTUPAN SEMENTARA SUSUR KELUAR JALAN BARAT MENUJU KE JALAN SULTAN ISMAIL UNTUK KERJA–KERJA MENAIKTARAF JALAN MENGHALA KE PEMBANGUNAN TUN RAZAK EXCHANGE

PENUTUPAN SEMENTARA SUSUR KELUAR JALAN BARAT MENUJU KE JALAN SULTAN ISMAIL UNTUK KERJA–KERJA MENAIKTARAF JALAN MENGHALA KE PEMBANGUNAN TUN RAZAK EXCHANGE

30th May 2017

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2017 - Sebahagian laluan di Jalan Barat akan mengalami beberapa gangguan aliran trafik jalan iaitu di susur keluar  dari Jalan Barat ke Jalan Sultan Ismail seperti di dalam lampiran peta.

Gangguan aliran trafik ini adalah berikutan kerja-kerja pengalihan utiliti dan menaik taraf jalan bagi projek pembinaan infrasturuktur di pembangunan Tun Razak Exchange ("TRX").

Penutupan ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi tempoh dua (2) bulan bermula dari 3hb Apr 2017 sehingga 21hb Mei 2017.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya mematuhi kesemua papan tanda keselamatan dan tanda arah sementara bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila layari laman sesawang http://trx.my/press-releases atau hubungi TRX City Sdn Bhd (TRX City) di talian +603 2142 9688.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Maisara Ismail (+6019-3130739 / [email protected])

Sila klik "Download PDF" untuk melihat Peta.