Make Your Mark @TRX: Hoarding Art Competition 2021

TRX//MyCity
Project Updates
Make Your Mark @TRX: Hoarding Art Competition 2021
March 12, 2021

Our beloved TRX Sales Gallery will soon come down to make way for the completion of our north-west plaza, the pedestrian gateway to TRX from Imbi and Bukit Bintang.

As part of the design plan to transform spaces into a distinct public realm, the Gallery will be replaced by water features that will encircle the Merdeka tree, turning the magnificent tree into nature’s sculpture on the plaza.

While the demolition and subsequent work take place, let’s have fun with the construction hoarding.

In anticipation of the completion of TRX City Park and the public realm, we are organising the Make Your Mark @TRX - Hoarding Art Competition 2021. The winner will have their design replicated and displayed on the temporary perimeter hoarding at TRX Gallery in the north-west plaza, now named the Raintree Plaza after the Merdeka Tree.

TRX invites the public to take part in creating meaningful and vibrant spaces in the district through art. The winner of the competition will also receive a cash prize of RM3,000.

The Hoarding Art Competition is themed “Urban Tropical Paradise”. Tun Razak Exchange (TRX), Malaysia’s upcoming international financial district, is not only designed for business, but also to provide a lively public realm filled with trees and foliage in between gleaming skyscrapers, creating an urban tropical paradise. It is the combination of concrete, man-made structures and nature. It is a green and sustainable environment where people live, work, play and connect with their surroundings. What is your idea of an urban tropical paradise? Challenge yourself by creating a hoarding art design following the theme.

Below are the requirements for the competition:

  • Malaysian citizen, aged 15 years and above
  • PDF format with Maximum Resolution (HighRes) not more than 10MB per file. The artwork is designed for the real size of the hoarding; Length 39.4m x height 2.78m, please send your artwork in scale 1:20 or 77.5 inches x 5.5 inches. 
  • Use of any physical drawing tools or digital tools are allowed
  • Use of up to 5 colours only
  • The artwork must be sent in digital form
  • The artwork must be original
  • A brief description of the artwork (maximum 300 words) must be provided
  • Multiple entries are allowed, however, a contestant is entitled to win one (1) prize only

The TRX Hoarding Art Competition 2021 accepts entries from now through 30 April 2021.

For more details and to submit an entry, please visit:     

https://forms.gle/ZChzexxbthZoTXbV9

The stunning TRX Gallery was built as a foretaste of TRX. The doughnut-like structure, completed in 2013, hugs a grassy knoll from which the Merdeka tree grows.

The glass walls of the TRX Gallery create an expansive and light-filled interior which is complemented by the tropical hardwood used to construct the porte-cochère which wraps around the front of the building as well as the statement staircases – one on the outside and one on the inside – which leads from the ground floor to the terrace above.

----

Galeri TRX yang digemari bakal dirobohkan tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada  pembinaan plaza Barat Laut, iaitu laluan masuk pejalan kaki ke TRX dari Imbi dan Bukit Bintang.

Sebahagian daripada perancangan reka bentuk bagi menghasilkan taman awam yang berbeza, Galeri ini akan digantikan dengan lanskap berciri air yang akan mengelilingi pokok Merdeka, menjadikan pohon yang megah itu bak skulptur alam semula jadi di plaza ini.

Sementara kerja-kerja pembinaan ini sedang dijalankan, jom ambil kesempatan untuk menghiasi pagar penghadang yang akan dinaikkan disini.

Sambil kita nantikan  penyiapan pembinaan Taman Bandar TRX dan ruang-ruang awam, kami menganjurkan pertandingan “Make Your Mark @TRX - Hoarding Art Competition 2021” dimana karya seni yang memenangi pertandingan ini akan direplikasi dan dipamerkan pada pagar penghadang sementara disekitar Galeri TRX.

TRX mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi mewujudkan ruang yang bermakna dan ceria di kawasan ini melalui karya seni kreatif. Pemenang pertandingan ini juga akan menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Tema pertandingan adalah "Syurga Tropika Perbandaran”. Tun Razak Exchange (TRX), daerah kewangan antarabangsa di Malaysia, bukan hanya dirancang untuk perniagaan, tetapi juga untuk menyediakan taman awam yang penuh dengan kehijauan di antara pencakar langit yang megah berdiri, mewujudkan syurga tropika perbandaran. Ianya merupakan gabungan konkrit, struktur buatan manusia dan alam semulajadi. Persekitaran hijau dan lestari ini akan menjadi tempat di mana masyarakat tinggal, bekerja, beriadah dan berhubung dengan keindahan disekeliling mereka. Apakah idea anda mengenai syurga tropika perbandaran? Tonjolkan bakat anda dengan menghasilkan karya seni mengikut tema.

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan:

  • Warganegara Malaysia, berumur 15 tahun ke atas
  • Format PDF dengan Resolusi Maksimum (HighRes) tidak lebih daripada 10MB setiap fail. Karya seni itu direka untuk ukuran sebenar pagar penghadang; Panjang 39.4m x tinggi 2.78m, sila hantarkan karya seni anda dalam skala 1:20 atau 77.5 inci x 5.5 inci. 
  • Penggunaan alat lukisan fizikal atau alat digital dibenarkan
  • Karya seni haruslah menggunakan maksimum lima warna sahaja
  • Karya seni perlu dihantar dalam bentuk digital
  • Karya seni yang dihantar bagi pertandingan ini mestilah satu karya asli
  • Sila sertakan penerangan ringkas mengenai karya seni bagi setiap penyertaan (maksimum 300 perkataan)
  • Peserta pertandingan boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, namun, peserta hanya berhak memenangi satu (1) hadiah sahaja

Pertandingan ini dibuka dari sekarang sehingga 30 April 2021.

Untuk keterangan lebih lanjut dan bagi mendapatkan borang pertandingan, sila kunjungi: https://forms.gle/ZChzexxbthZoTXbV9

Galeri TRX yang menakjubkan ini disiapkan pada tahun 2013, sebagai pengunjur reka bentuk bangunan dan ruang awam yang akan dibina di TRX. Struktur yang kelihatan seperti donat ini mengelilingi pokok Merdeka.

Berdindingkan kaca, bangunan ini luas dan penuh bercahaya, dilengkapi dengan anjung yang dibina menggunakan kayu tropika yang kukuh, yang menghiasi bahagian depan bangunan. Antara ciri-ciri menarik Galeri ini juga termasuklah sepasang tangga - satu terletak di sebelah luar berdekatan dengan pokok Merdeka dan satu lagi tangga spiral di bahagian dalam yang menuruti lengkungan bangunan unik ini.

----