PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN LALUAN SEDIA ADA DARI BULATAN KAMPUNG PANDAN KE ARAH UTARA JALAN TUN RAZAK UNTUK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR BAGI PEMBANGUNAN TUN RAZAK EXCHANGE (“TRX”).

PENUTUPAN SEMENTARA SEBAHAGIAN LALUAN SEDIA ADA DARI BULATAN KAMPUNG PANDAN KE ARAH UTARA JALAN TUN RAZAK UNTUK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR BAGI PEMBANGUNAN TUN RAZAK EXCHANGE (“TRX”).

25th May 2018

KUALA LUMPUR,  25hb Mei 2018 -  Sebahagian laluan  sedia ada dari Bulatan Kampung Pandan ke arah Utara Jalan Tun Razak akan mengalami gangguan aliran trafik/lencongan/penutupan jalan seperti yang ditunjukkan di dalam peta.

Gangguan aliran trafik/lencongan/penutupan jalan ini adalah berikutan kerja-kerja menaik taraf jalan bagi projek pembinaan infrasturuktur berhadapan cadangan pembangunan TRX.

Penutupan jalan serta lencongan secara berperingkat ini akan dilakukan 24 jam sehari, selama enam (6) bulan, bermula 28hb Mei 2018 sehingga 15hb November 2018. (Sila rujuk Peta untuk lakaran Peringkat 1 dan Peringkat 2)

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya mematuhi kesemua papan tanda keselamatan dan tanda arah sementara bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Jika terdapat sebarang pertukaran untuk cadangan penutupan jalan ini, maklumat-maklumat yang dikemaskini bagi tujuan tersebut boleh didapati daripada laman sesawang http://www.trx.my/press-releases.

Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi pihak TRX City Sdn Bhd (“TRXC”) di talian +603 2142 9688.