PENUTUPAN SEBAHAGIAN LALUAN DI BULATAN KAMPUNG PANDAN  UNTUK KERJA–KERJA MENAIKTARAF JALAN MENGHALA KE PEMBANGUNAN TUN RAZAK EXCHANGE

PENUTUPAN SEBAHAGIAN LALUAN DI BULATAN KAMPUNG PANDAN  UNTUK KERJA–KERJA MENAIKTARAF JALAN MENGHALA KE PEMBANGUNAN TUN RAZAK EXCHANGE

30th May 2017

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2017 -  Sebahagian laluan di Bulatan Kampung Pandan akan mengalami beberapa gangguan aliran trafik/lencongan/penutupan jalan di salah satu arah seperti yang ditunjukkan di dalam lampiran peta.

Gangguan aliran trafik/lencongan/penutupan jalan ini adalah berikutan kerja-kerja pengalihan utiliti dan menaik taraf jalan bagi projek pembinaan infrasturuktur di pembangunan Tun Razak Exchange ("TRX").

Penutupan ini akan dilaksanakan pada waktu malam bermula dari pukul 9.01 malam sehingga ke pukul 5.00 pagi bagi tempoh 7 hari bermula dari 3hb Apr 2017 sehingga 9hb Apr 2017.

Tarikh dan Masa

Lokasi

3hb Apr 2017 sehingga 9hb Apr 2017

Pada waktu malam dari pukul 9.01 malam sehingga pukul 5.00 pagi

  • Sebahagian Bulatan Kampung Pandan menuju ke Jalan Tun Razak.
  • Sebahagian Bulatan Kampung Pandan menuju ke Jalan Kampung Pandan

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya mematuhi kesemua papan tanda keselamatan dan tanda arah sementara bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila layari laman sesawang http://trx.my/press-releases atau hubungi TRX City Sdn Bhd (TRX City) di talian +603 2142 9688.

Sila klik "Download PDF" untuk melihat Peta.