IJM bina ibu pejabat baharu Affin di TRX

IJM bina ibu pejabat baharu Affin di TRX

Berita Harian, 4th September 2018

IJM Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, memperoleh kontrak superstruktur bernilai RM505 juta daripada Affin Bank Bhd untuk pembinaan ibu pejabat baharunya di hab kewangan antarabangsa, Tun Razak Exchange (TRX)

Bangunan 47 tingkat itu memiliki kira-kira 76,600 meter persegi keluasan lantai dan dibina di atas tanah seluas 0.5 hektar.

Bangunan bergred A itu terdiri daripada menara pejabat 43 tingkat di atas tempat letak kereta empat tingkat dan podium parkir bawah tanah tiga tingkat, yang menempatkan 605 lot parkir.

Mengutamakan aspek kemampanan dalam rekaan seni bina dan M&E, bangunan itu direka dengan pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan LEED dengan kecekapan sistem tenaga, sistem tuaian air hujan, bahan binaan lestari dan ciri perancangan perkhidmatan yang cekap.

Rekaan bangunan itu juga mencerminkan imej dan visi Affin Bank itu iaitu perbankan tanpa halangan

Read More