TRX: Penyelewengan dana oleh 1MDB tak jejas pelabur

TRX: Penyelewengan dana oleh 1MDB tak jejas pelabur

Sinar Harian, 28th June 2018

Dakwaan bahawa dana Tun Razak City Sdn Bhd (TRXC) diselewengkan dalam skandal membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tidak akan menjejaskan imej TRX City sebagai pusat kewangan moden dan bersepadu di ibu negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TRXC, Datuk Azmar Talib berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat pada Isnin lepas dan beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

Menurutnya, TRXC juga dalam proses perbincangan dengan beberapa pelabur antarabangsa bagi melabur dalam pembangunan bandar kewangan terbaharu itu.

“Tidak...(ia tidak menjejaskan keyakinan pelabur yang berpotensi terhadap hartanah itu),” katanya kepada pemberita sempena sesi taklimat dan lawatan ke tapak pembangunan tersebut di sini, hari ini.

Read More