Penutupan Sebahagian Jalan Sultan Ismail Bagi Menjalankan Kerja-Kerja Merobohkan Jejantas Sedia Ada Untuk Pembinaan Tun Razak Exchange Seksyen 62 Dan Seksyen 67, Jalan Tun Razak / Jalan Davis, Kuala Lumpur, Malaysia

03
August
2016
Penutupan Sebahagian Jalan Sultan Ismail Bagi Menjalankan Kerja-Kerja Merobohkan Jejantas Sedia Ada Untuk Pembinaan Tun Razak Exchange Seksyen 62 Dan Seksyen 67, Jalan Tun Razak / Jalan Davis, Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur, 3 Ogos, 2016: Sebahagian Jalan Sultan Ismail akan mengalami beberapa gangguan aliran trafik / lencongan / penutupan bermula pada 4hb Ogos 2016 sehingga 6hb Ogos 2016.

Gangguan aliran trafik / lencongan / penutupan ini akan dilaksanakan secara berperingkat berikutan kerja-kerja merobohkan jejantas sedia ada dan lain-lain kerja yang berkaitan dengannya bagi Projek Pembinaan Infrastruktur dan Jalan di Tun Razak Exchange (TRX).

Penutupan tersebut akan dilaksanakan bermula dari pukul 11.00 malam sehingga 5.00 pagi (hari berikutnya) bagi semua peringkat. Maklumat mengenai penutupan jalan tersebut adalah seperti berikut: –

Sebahagian Jalan Sultan Ismail menuju ke jejambat dari Jalan Sultan Ismail ke Jalan Kampung Pandan. Jejambat akan ditutup sepenuhnya.

Tarikh Masa Lokasi
4hb Ogos 2016 11.00 malam – 5.00 pagi hari berikutnya. Sebahagian Jalan Sultan Ismail menuju ke jejambat dari Jalan Sultan Ismail ke Jalan Kampung Pandan. Jejambat akan ditutup sepenuhnya.
5hb Ogos 2016 11.00 malam – 5.00 pagi hari berikutnya. Sebahagian Jalan Sultan Ismail arah ke Bulatan Kampung Pandan.
6hb Ogos 2016 11.00 malam – 5.00 pagi hari berikutnya. Sebahagian Jalan Sultan Ismail menuju ke kawasan Bukit Bintang.

Sila rujuk peta yang dilampirkan bersama-sama ini.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya mematuhi kesemua papan tanda keselamatan dan tanda arah sementara bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai lencongan serta penutupan jalan tersebut, sila hubungi TRX City Sdn Bhd (TRX City) di talian +603 2142 9688.

TRX City Sdn Bhd (Company No. 888740-X)

Bangunan TRX,
Jalan Lapangan Terbang Lama,
50460 Kuala Lumpur, Malaysia.

T +603 2142 9688
F +603 2142 2323
[email protected]

Other Contacts

MEDIA ENQUIRIES
[email protected]

RECRUITMENT ENQUIRIES
[email protected]

TRX Brochure

Latest Press Releases